Tips Kurangkan Sakit Semasa Waxing
Jul 13,2023 | Wawawax Global Sdn Bhd
Hai, semua! Korang dah ready ke nak dapatkan kulit yang licin dan berseri? Waxing adalah teknik penghapusan bulu yang paling memuaskan, yang boleh menanggalkan setiap helaian bulu dan meninggalkan kulit yang berseri-seri. Untuk memastikan pengalaman waxing menjadi luar biasa, kami akan berkongsi tips yang boleh mengurangkan rasa sakit dan memberi pengalaman yang luar biasa. Bermula dengan eksfoliasi, sehinggalah cara menarik kain yang betul untuk waxing, jom selami rahsia kecantikan ini!
Sental sampai licin:
Manjakan diri dengan sedikit eksfoliasi supaya proses menghapuskan bulu boleh menjadi lebih sempurna. Ucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam sebab korang akan dapat menikmati kulit yang berseri dengan hanya menggunakan skrub sehari atau dua hari sebelum waxing. Gunakan skrub untuk menghapuskan sel kulit mati, kotoran dan minyak yang menyaluti tubuh badan supaya wax dapat melekat dengan sempurna pada bulu-bulu.
Panjang bulu mesti sesuai:
Nampak macam remeh, tapi panjang bulu pun penting untuk memastikan proses waxing berjaya. Terlalu pendek, wax tak boleh cengkam, terlalu panjang pula akan jadi lebih menyakitkan. Rahsianya, kita perlu pastikan panjang bulu ialah lebih kurang ½ cm ataupun panjang sebutir beras. Kalau terlalu panjang, boleh gunting sikit sebelum waxing tau.
Masa kena tepat:
Kepada para wanita, pemilihan masa untuk mencantikkan diri juga penting. Dalam setiap fasa kitaran haid, badan kita pastinya mengalami beberapa perubahan. Perubahan hormon yang berlaku boleh memberi kesan kepada fizikal kita. Jadi, kalau boleh, cuba elakkan waxing semasa haid kerana perubahan hormon pada ketika itu boleh menyebabkan kulit kita menjadi sensitif dan berkemungkinan rasa sakit atau tidak selesa semasa waxing boleh meningkat. Jadi, cuba tengok kalendar dan rancang masa yang terbaik untuk mula waxing sebelum bendera Jepun tu muncul!
Pantas dan berani:
Masa nak tarik strip ialah masa yang paling mendebarkan! Benda yang paling penting untuk kita ingat semasa nak tarik strip ialah kelajuan. Kumpul keberanian, tarik nafas dalam-dalam, dan rentap sepantas yang boleh, melawan arah pertumbuhan bulu. Rentapan yang terlalu perlahan hanya akan menyebabkan rasa sakit yang berlanjutan dan hasil yang tidak sekata. Seru semangat keberanian korang, dan rentap kain dalam 1 saat je!
Dah tahu kan cara nak kurangkan sakit masa waxing? Jadi, korang tunggu apa lagi? Cuba semua tips ni untuk dapatkan kulit yang licin, halus dan yang paling penting, BEBAS BULU! Kalau rasa takut juga, cuba waxing kecil-kecil je dekat bahagian yang kurang sensitif dulu tau. Contohnya, di bahagian jari ataupun kaki. Nak cuba waxing? Jom gunakan starter kit dulu, 30ml cold wax ni cukup je untuk cabut bulu ketiak tau! Klik disini!
Previous
Tips for Painless Waxing