COMMON.CLOSE

/ /

Sindrom ovari polisistik atau PCOS

Jun 28,2023 | Wawawax Global Sdn Bhd

PCOS merupakan masalah gangguan hormon yang dihadapi oleh ramai wanita di seluruh dunia. PCOS atau nama sebenarnya Polycystic Ovary Syndrome, boleh dikenalpasti melalui tanda seperti ketidakseimbangan hormon, kitaran haid tidak teratur, dan juga kehadiran sista (cyst) pada bahagian ovari. PCOS boleh memberi kesan kepada kesihatan wanita dan keupayaan untuk mengandung. Kesannya pada fizikal dan emosi wanita membuatkan isu ini penting untuk dibincangkan. Dalam artikel kali ini, kita akan belajar mengenai PCOS, simptom-simptom nya dan juga punca keadaan ini berlaku.

 

Apa itu PCOS?

Sindrom ovari polisistik atau lebih dikenali sebagai PCOS merupakan gangguan hormon yang agak kompleks yang boleh memberi kesan kepada ovari, iaitu organ wanita yang berfungsi menghasilkan telur serta hormon seperti estrogen dan progesteron. PCOS menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan akan mengganggu fungsi utama ovari lalu menyebabkan simptom yang pelbagai. 

 

Simptom PCOS

Setiap wanita yang menghidapi PCOS mengalami simptom yang berbeza. Antara simptom PCOS ialah: 

Kitaran haid tidak teratur: Wanita yang menghidapi PCOS kerap mengalami haid yang tidak teratur, jarang-jarang dan juga haid yang berpanjangan. 

Pertumbuhan bulu yang banyak: Peningkatan tahap androgen (hormon lelaki) di dalam badan boleh menyebabkan wanita yang menghidapi PCOS mempunyai lebih banyak bulu di muka, dada atau abdomen.

Kulit berminyak dan berjerawat: Tahap androgen yang tinggi juga menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat.

Pertambahan berat: Ramai penghidap PCOS susah untuk menguruskan badan kerana rintangan insulin.

Perubahan mood dan kemurungan: Ketidakseimbangan hormon boleh mempengaruhi emosi wanita, lalu menyebabkan kecelaruan emosi dan meningkatkan risiko kemurungan.

 

Punca Risiko

Walaupun punca sebenar PCOS masih belum jelas, namun ada beberapa faktor yang dipercayai menyumbang kepada penyakit ini.

Ketidakseimbangan hormon: PCOS selalunya dikaitkan dengan tahap androgen yang tinggi dan juga rintangan insulin yang mengganggu keseimbangan hormon.

Genetik: Ada juga bukti yang menyatakan bahawa PCOS boleh terjadi kerana genetik. Wanita yang mempunyai adik-beradik atau saudara yang menghidapi PCOS mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit yang sama.

Rintangan insulin: Rintangan insulin berlaku apabila sel badan tidak lagi mampu untuk bertindak balas dengan insulin, lalu menyebabkan peningkatan insulin dalam badan. Hal ini kemudiannya menyumbang kepada ketidaseimbangan hormon dan pembentukan PCOS. 

 

Comment

Name
Email
Comment