COMMON.CLOSE

/ /

Segarkan kulit dengan skrub

Aug 16,2023 | Wawawax Global Sdn Bhd

Dalam kesibukan harian yang padat, kadang-kadang kulit kita terdedah kepada tekanan, pencemaran, dan faktor alam sekitar lain. Tapi jangan risau! Ada satu cara mudah tapi untuk hidupkan semula kulit dan jadikan ia lembut, licin, dan segar semula, iaitu dengan guna skrub badan. Produk penjagaan kulit yang best ni boleh buat kulit besinar dan pengalaman mandian yang lebih menyegarkan.

 

Apa Itu Scrub Badan ?

Scrub badan, juga dikenali sebagai pengeksofolian atau 'body polish', ialah produk penjagaan kulit yang dicipta untuk buang sel kulit mati, supaya kulit menjadi lebih bersih dan sihat. Bukan sahaja kulit jadi licin, scrub juga boleh memudahkan kulit kita unuk menyerap pelembap dan produk penjagaan kulit lain. Scrub badan biasanya ada bahan abrasif seperti gula, garam, atau serbuk kopi yang membantu buang lapisan kulit mati paling atas.

Manfaat Scrub Badan

Tanggalkan Kulit Mati: Manfaat utama scrub badan ni ialah dia boleh menanggalkan sel-sel kulit mati. Bila sel-sel mati ni hilang, kulit muka boleh jadi licin dan bercahaya macam artis Korea.

Darah Mengalir Lancar: Sambil urut lembut scrub badan kat kulit, darah dalam badan pun boleh mengalir dengan lancar. Bila darah lebih lancar, kulit pasti akan nampak lagi sihat dan cantik.

Tona Kulit Sekata: Menanggalkan kulit mati secara berterusan dengan scrub badan boleh bantu kulit jadi sekata, hilangkan tompok hitam, jerawat, dan lain-lain.

Elak Bulu Tumbuh Dalam: Scrub badan memang mantap untuk elakkan ingrown hair. Bila pori-pori tak tersumbat dan kulit mati dah hilang, bulu takkan terperangkap dalam kulit.

Serapan Lebih Bagus: Bila kulit dah bebas dari sel-sel kulit mati, ia akan dapat serap pelembap dan produk penjagaan kulit lain dengan lebih mudah. Jadi, kulit pun jadi lagi lembut dan gebu.

Tambahkan scrub badan dalam rutin penjagaan kulit boleh beri perubahan besar pada kulit kita. Dengan kuasa mengelupasnya, scrub badan boleh buatkan kulit jadi lebih licin, cerah, dan cantik. Jadi, bagi diri kita peluang untuk rasa macam dalam spa mewah dekat rumah sendiri. Dapatkan kulit yang gebu dan bersinar dengan hanya satu klik! Klik disini sekarang juga!

Comment

Name
Email
Comment