Bongkar Rahsia Kaki Licin Seperti Barbie
Jul 20,2023 | Wawawax Global Sdn Bhd
Musim Barbie sudah tiba dan inilah masanya untuk kita melaram dan mencantikkan diri! Barbie sentiasa menjadi ikutan gadis-gadis dalam dunia kecantikan dan kakinya yang licin juga tidak terkecuali. Jika anda menginginkan kaki yang licin seperti Barbie, cold wax boleh menjadi pilihan yang mudah dan efektif. Dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk mendapatkan kaki yang licin dengan menggunakan cold wax.
1. Sediakan peralatan lengkap
Sebelum kita mula, sediakan peralatan waxing yang lengkap supaya proses waxing kita boleh berjalan dengan lancar. Kita hanya memerlukan skrub, cold wax, strips, bedak talkum, spatula dan soothing gel untuk melegakan dan melembabkan kulit selepas waxing. Dapatkan kit waxing semua-dalam-satu daripada Wawawax. Tekan sini untuk dapatkannya sekarang!
2. Prep kulit
Untuk dapatkan kesan yang optimum, kita perlu prep kaki sebelum waxing. Scrub dan bersihkan kaki betul-betul dan lap sehingga kering sepenuhnya. Sapu sedikit bedak talkum atau bedak bayi untuk menyerap sisa kelembapan supaya wax boleh melekat dengan efektif.
3. Sapukan cold wax
Sekarang sudah tiba masanya untuk mulakan proses waxing. Picit wax keatas spatula dan sapu pada kulit, mengikut arah pertumbuhan bulu. Tampalkan kain strip dan gosok dalam 10 saat supaya wax dapat melekat dengan elok pada kulit.
4. Rentap strip dengan laju
Bila strip sudah melekat dengan elok, kita dah boleh bersedia untuk tarik strip. Tegangkan kulit dengan sebelah tangan, dan tarik strip melawan arah pertumbuhan bulu. Untuk mengurangkan ketidakselesaan, tarik strip selari dengan kulit dan hembus nafas sambil rentap.
5. Legakan kulit
Selepas habis proses waxing, manjakan kulit dengan soothing gel. Sapu soothing gel pada kulit untuk melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan iritasi. Cuba cari produk yang diformulasi khas untuk melembapkan kulit setelah waxing, kerana ianya lebih efektif pada kulit. Soothing gel sudah dibekalkan sekali dalam set semua-dalam-satu Wawawax. Tekan sini jika anda inginkan soothing gel sahaja.