Baru nak cuba waxing? Ini apa yang anda perlu tahu!
Aug 09,2023 | Wawawax Global Sdn Bhd
Siapa dekat sini yang tak pernah cuba waxing sebab takut? Jangan risau! Anda tidak keseorangan. Memang normal kalau orang takut nak cuba waxing sebab nampak menyakitkan, tapi percayalah, waxing ialah kaedah mencabut bulu yang paling lembut pada kulit. Kalau anda merupakan orang yang baru nak berjinak-jinak dengan waxing, post ini ialah untuk anda sebab kami akan membantu anda dengan berkongsi beberapa petua waxing untuk memastikan anda mempunyai pengalaman waxing yang lancar.
Siapkan Kulit Dulu:
Sebelum start waxing, pastikan kulit bersih dari apa-apa produk macam losyen atau minyak. Guna scrub yang lembut sehari sebelum sesi waxing untuk menghapuskan sel kulit mati dan membantu wax melekat lebih kuat.
Panjang Bulu Yang Tepat:
Panjang bulu memang kena tepat. Cuba dapatkan panjang bulu dalam lingkungan setengah cm. Pendek sangat, wax takkan lekat. Panjang sangat, takut sakit nanti. Kalau perlu, trim bulu tu sebelum waxing.
Patch Test:
Jangan tinggal patch test! Sapu sikit wax kat tempat yang tersorok untuk pastikan tiada reaksi negatif dari kulit. Kulit takde masalah? Baru boleh start waxing!
Teknik Sapuan Wax:
Sapu wax mengikut arah tumbuh bulu. Ni akan membantu wax untuk melekat dengan lebih sempurna pada bulu dan kurangkan sakit serta kurangkan risiko bulu putus sebelum dicabut..
Cabut Wax Secara Efisien:
Bila nak cabut wax, buat dengan pantas dan ikut arah lawan tumbuh bulu. Pegang kulit dan cabut wax dengan satu rentapan pantas.
Legakan kulit:
Lepas waxing, kulit mungkin rasa sensitif. Sapu soothing gel atau gel aloe vera untuk bantu kurangkan kemerahan dan memberi keselesaan pada kulit.
Jaga Kulit Lepas Waxing:
Elakkan mandi air panas, sauna, dan workout dalam masa sehari lepas waxing. Kulit perlu masa untuk rehat dan bernafas selepas proses waxing.
Konsisten:
Untuk dapat manfaat yang terbaik dari waxing, buat rutin yang tetap. Setiap kali waxing, bulu akan jadi lebih halus dan pertumbuhan lambat.
Waxing tak susah sangat. Dengan tips waxing ni, anda boleh dapat hasil kulit licin yang tahan lama. Ingat, semakin kerap waxing, semakin selesa korang dengan proses waxing. Jadi, sama ada anda newbie atau pro, tips ni pastikan pengalaman waxing korang berkesan dan tanpa halangan.
Baru dalam dunia waxing? Nak pilih wax yang sesuai boleh jadi agak susah untuk sesetengah orang. Jadi, pilihan yang paling mudah semestinya ialah cold wax, inovasi wax yang tiada tandingan. Klik sini untuk mendapatkan cold wax anda sekarang!